top of page
Search

RAKAMAN VIDEO

  • Info collected and updated by S20167 ARIQ BIN ARIF
  • Feb 7, 2016
  • 1 min read

Perjumpaan dengan Puan Akmar

Tarikh : 6 Februari 2016

Masa : 2.00 p.m.

Aktiviti : Rakaman video.

Pada hari Sabtu yang lalu, kami iaitu Normala, Nadhrah, Fitri dan saya Ariq, telah melawat ke rumah Puan Akmar, dan lebih mesra dikenali sebagai kak Akmar. Setelah beberapa kali kami membuat janji temu dengannya pelbagai rintangan dan kekangan masa dari Kak Akmar dan juga kami yang mempunyai kelas Sabtu dan Ahad Pagi, Petang dan Malam. Oleh kerana anak yang bersekolah Kak Akmar tidak rekomen kami untuk datang pada hari Isnin - Jumaat kerana dia akan sibuk menguruskan anak dan tempahan.

Gambar menunjukkan rumah baru Kak Akmar dan keluarga, mereka baru sahaja berpindah dari Kampung Asyakirin ke RPR Kidurong.

Akhirnya pada Sabtu yang lalu kami berpeluang untuk bertemu dengan Kak Akmar untuk merakam video. Sebelum ini juga kami bertemu dengan Kak Akmar, namun waktu malam tersebut dengan keadaan yang tidak kondusif menbatalkan niat kami untuk membuat rakaman.

Kami berpeluang untuk melihat dan merasai mencucuk satay serta membakar satay. Kami tidak sempat untuk melihat proses perapan dan membuat kuah.

Pada akhir pertemuan ini, kami banyak mempelajari tentang pahit getir dalam perniagaan. Sikap utama yang perlu ada dalam diri usahawan adalah KERAJINAN dan MINAT, kedua-duanya bergantung antara satu sama lain dalam menjalankan perniagaan.

Pengalaman yang kami dapati merupakan pelajaran sepanjang hayat untuk kami.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
GROUP 7 - Diploma Perniagaantani 04/2015-16/UPMKB

SAB2402 KEUSAHAWANANTANI

bottom of page