top of page
Search

KEWANGAN

  • info collected and updated by NORMALA BINTI SURI
  • Feb 9, 2016
  • 2 min read

ASPEK KEWANGAN

Objektif penerangan mengenai kewangan ialah:-

  1. Untuk memastikan syarikat dapat menjana keuntungan

  2. Untuk menjana tunai bagi membayar pembekal,pekerja dan sebagainya.

Peniaga sering kali ditanya dengan soalan seperti “berapa keuntungan yang anda perolehi pada tahun lalu?” dan “peningkatan atau penurunan hasil jualan daripada tahun-tahun ini?”. Walaupun kami tidak mempunyai jawapan bagi soalan-soalan ini, kami berencana untuk menyusun sistem kewangan kami dengan baik dan sistematik agar dapat menjawab soalan tersebut dengan yakin kelak.

AMANAH IKHTIAR MALAYSIA

AMANAH IKHTIAR MALAYSIA

Berdasarkan sumber rujukan kami, iaitu Puan Akmar , kami dapati sistem pengurusan kewangan yang digunakan agak mudah dan ringkas iaitu menggunakan sepenuhnya Buku Lejar Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM) . Hal ini ekoran daripada, beliau mendapat pinjaman daripada Amanah Ikhtiar Malaysia. Penerangan dalam buku tersebut adalah adalah ringkas contonhya, sehelai buku lejar terdapat kos jualan, hasil jualan, ambilan tunai dan catatan bagi setiap aliran keluar masuk tunai bagi tempoh sebulan iaitu setiap 30 atau 31 hari.

Namun , kami akan menggunakan dua kaedah iaitu tradisional dan moden. Dengan adanya teknologi pada masa kini terdapat banyak perisian-perisian yang dapat merekod aliran kewangan dengan tepat dan sistematik.

Pada permulaan perniagaan , anggaran modal perniagaan bagi perniagaan bersaiz sederhana atau kecil adalah dalam lingkungan RM500-1000. Hal ini kerana, kos permulaan bagi sesbuah perniagaan adalah sangat tinggi terutamanya bagi membeli aset-aset tetap seperti periuk kawah,tempat pemanggang, baldi perapan dan sebagainya. Manakala, anggaran kos bagi penyediaan produk untuk sehari adalah RM560 iaitu merangkumi bahan-bahan seperti gula,kacang,minyak,arang dan lain-lain.

Penyata Pendapatan (untung & rugi)

Kami akan menggunakan akaun perdagangan dan akaun untung/rugi bagi menilai keuntungan atau kerugian yang dialami pada tahun tersebut.

Tambahan lagi, produk seperti sate menpunyai risiko lebihan jualan yang rendah kerana sate boleh disimpan pada masa yang lama sekiranya disimpan di dalam peti sejuk.

Lembaran Imbangan

Adalah pernyataan mengenai kedudukan kewangan sesuatu perniagaan pada akhir tahun yang merangkumi aset, modal, dan liabiliti.

ANGGARAN REKOD KEWANGAN UNTUK SEBULAN

Maklumat pinjaman (Amanah Ikhtiar Malaysia)

Jumlah :RM11,136.00

Caj pinjaman: tiada faedah

jumlah bayaran ansuran mingguan : RM11,136/96 minggu

RM 116

Hasil jualan harian : RM960

Kos jualan harian : RM560

Untung kasar harian : RM 400

Untung kasar bulanan : RM12,000 (RM400 x 30 hari)

  1. Daging : RM0.70 x 350 = RM245

  2. Ayam : RM0.70 x 200 = RM140

  3. Kambing : RM1 x 500 = RM500

  4. Arnab : RM1.50 x 50 = RM75

Perniagaan beroperasi tujuh hari seminggu. Maka dianggarkan untung kasar mingguan adalah sebanyak RM2,400 (RM400 x 6 hari)

Perbelanjaan terbahagi kepada Belanja Operasi, Belanja Kewangan, Belanja Overhed, Belanja Pemasaran, Belanja Pentadbiran.

Belanja bulanan:

Sewa premis: RM300

Bil utiliti : RM150

Pengankutan :RM200

Pinjaman :RM116

Jumlah : RM766 purata RM191.50 seminggu

Jumlah pendapatan bersih mingguan ialah:

= RM2237.5 (RM2,400-191.50)

Oleh itu, rekod kewangan tersebut dapat menyatakan jumlah duit yang dilaburkan daripada diri sendiri atau rakan kongsi.

RUJUKAN

1. PUAN AKMAR BINTI JALIL

2. DR SURAYA HANIM BINTI MOKHTAR, QIST CONSULTANCY,CEKAP URUS TUNAI USAHAWAN MIKRO:


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
GROUP 7 - Diploma Perniagaantani 04/2015-16/UPMKB

SAB2402 KEUSAHAWANANTANI

bottom of page