top of page
Search

Latar Belakang Industri Satay

  • Info collected & updated by: (S20987) Siti Ruhaida
  • Jan 7, 2016
  • 2 min read

Sate dicipta oleh pedagang jawa yang menjual daging bakar di pinggir jalan pada abad 19 dahulu.

Sate atau di tulis sebagai satay atau salai adalah makanan yang dibuat dari potongan daging seperti:

  • Ayam

  • Kambing

  • Arnab

  • Rusa

  • Ikan

  • Lembu

Daging dipotong kecil-kecil yang telah di peram dengan bancuhan resepi tersendiri untuk lebih sedap. Kemudian dicucuk dengan lidi atau buluh, dan dibakar menggunakan bara arang kayu.

Kebanyakan orang melayu tidak makan daging semata-mata. Oleh itu, kebiasaanya di sertakan nasi impit, bawang dan timun seperti gambar di atas.

Kuah Sate

Kuah sate disediakan daripada kacang yang dilumatkan dan digaul serta dimasak dengan pelbagai bahan yang dipanggil oleh masyarakat Malaysia ialah kuah kacang sebagai pencicah.

[endif]--

KEPELBAGIAN JENIS SATE

Sate ini juga bukan menu makanan melayu sahaja, tetapi sate ini juga popular di negara Asia Tenggara lain. Dibenua Selatan iaitu dinegara Guyana, tetapi saiznya lebih besar berbanding di Malaysia.

Sate di negara lain bukan sahaja menggunakan bahan asas seperti daging lembu atau ayam untuk membuat sate, malahan mereka juga mencampurkan daging tersebut dengan sayuran dan akan dimasak salai seperti sate biasa.

THAI - Style Vegetable Satay

Bukan itu sahaja, terdapat juga negara yang membuat bahan-bahan sate daripada sayuran seperti gambar diatas.

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis sate atau nama sate.

Antaranya ialah Sate Kajang. Sate ini diperkenalkan oleh Haji Tasmin bin Sakiban di pusat Bandar Kajang sekitar tahun 1900. Beliau menjual dari rumah ke rumah dan di sepanjang jalan. Beliau akan berhenti jika pelanggan memanggilnya. Perniagaan beliau adalah jenis perniagaan bergerak ataupun peniaga kandar.

Kini sate ini boleh kita dapat dimana-mana sahaja kerana telah banyak perniagaan sate yang boleh kita lihat secara kecil-kecilan dan besar-besaran di restoran mahupun di warung-warung.

Di Bintulu, Sarawak terdapat banyak gerai sate yang diusahakan oleh orang-orang sekitar bintulu juga. Terdapat beberapa jenis daging sahaja yang dijual di kawasan Bintulu seperti daging ayam dan lembu sahaja, kerana kurang mendapat sambutan untuk mempelbagaikan jenis-jenis daging seperti arnab,rusa dan lain-lainnya. Tambhan pula, bekalan untuk daging arnab dan rusa amat terhad bagi kawasan Bintulu.

Sate juga selalu dijual pada waktu keramaian atau dipasar malam oleh penduduk di kawasan bintulu.

Rujukan

Puan Akmar Binti Jalil

Update 2. 17 Jan 2016. Info Collected by S20167 ARIQ BIN ARIF

Jenis perniagaan sate di Malaysia merupakan satu perniagaan yang banyak dijalankan di Malaysia. Sate merupakan makanan yang mudah dibuat dirumah, namun begitu sate mempunyai nilai eksklusif jika dipasarkan ke negara luar serta menambahbaik dari segi kualiti dan rasa mengikut cita rasa pelanggan yang sering berubah mengikut peredaran zaman.

Contoh sate yang terkenal di Kuching, Sarawak Chill D'satay Dome (CDD) mengetengahkan kualiti dan pelbagai variasi sate mengikut cita rasa pelanggan contohnya lokan, unta, burung unta, arnab dan rusa. Mereka juga turut mendapat pasaran eksport ke negara jiran seperti Brunei dan Singapura kerana nilai komersial yang terdapat dalam sate Malaysia ini.

Oleh itu, tidak mustahil bagi usahawan kecil untuk mengikut jejak langkah pengusaha CDD ini untuk menjadikan sate ini sebagai makanan ekslusif di dalam mahupun luar negara.

Selain itu pelbagai inovasi dapat dicipta untuk memudahkan dalam kaedah pembuatan, memasak serta pembungkusan. Selain fokus kepada pembuatan dan jualan secara tradisional.

Rujukan

http://www.utusansarawakonline.com/news/29702/Chill-Dsatay-Dome-martabatkan-sate/

![endif]--![endif]--


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
GROUP 7 - Diploma Perniagaantani 04/2015-16/UPMKB

SAB2402 KEUSAHAWANANTANI

bottom of page