top of page
Search

PEMASARAN

  • Info collected & updated by PELLY ANAK
  • Jan 10, 2016
  • 2 min read

PENGENALAN

  1. Tujuan produk: Mencipta pendapatan (boleh didekati oleh pembeli)

  2. Ciri-ciri: mempunyai penampilan yang menarik dan berfungsi dengan baik.

  3. Kelebihan kepada pengguna: sebagai pengganti untuk menggantikan makanan rutin utama.

  4. Rancangan firma: Produk mempunyai kedudukan di dalam pasaran dengan penghasilan yang efektif, jualan, dan promosi.

PRODUK

  • Barang yang disediakan untuk dijual kepada kumpulan sasaran.

  • Kami mengambil kira kualiti, reka bentuk, ciri-ciri dan servis kepada pelanggan.

  • Satay merupakan makanan yang menjadi kebiasaan rakyat Malaysia, oleh itu pasarannya yang luas dan dikenali.

  • Rasa dan tekstur satay kami adalah manis serta cukup rempah dan daging dipilih adalah bermutu. Kemanisan kuah satay itu memberi identiti satay berasal daripada Sarawak, ini kerana kuah satay kajang adalah pedas manakala satay johor mempunyai kerisik yang menimbulkan rasa lemak.

  • Satay ini merupakan simbolik makanan Malaysia, oleh itu ianya boleh dijamu untuk majlis rasmi mahupun tidak rasmi.

HARGA

PENENTUAN HARGA ASAS/COST-BASED PRICING

  • Memahami sudut pandangan pembeli mengenai nilai sesuatu barang jualan

  • Berdasarkan kos, pendapatan jualan hendaklah menampung kos penghasilan sate tersebut.

PENYELARASAN STRATEGI HARGA

  • Penyelarasan harga sate berdasarkan kos dan piawai yang telah ditetapkan perusahaan kami. Namun, jika terdapat lebihan dalam 30cucuk tetapi pelanggan hanya menempah 300cucuk, satay yang lebih akan dimasukan dalam 300cucuk tanpa mengenakan sebarang tambahan cas harga.

TEMPAT

  • Saluran pengedaran yang kami gunakan adalah, jualan secara terus kepada pelanggan, dimana pelanggan boleh datang ke gerai dan membeli, atau menghubungi kami untuk membuat tempahan.

  • Jualan tidak secara terus, iaitu melalui pasar raya atau kedai runcit untuk satay sejuk beku.

PROMOSI

DIGITAL DAN PEMASARAN MEDIA SOSIAL

  • Promosi adalah satu cara yang digunakan untuk menyebarkan maklumat mengenai produk atau servis kepada pembeli, pemegang saham dan orang ramai.

  • Membuat iklan di dalam Bintulu News

  • Mereka iklan yang dapat menarik orang ramai untuk membeli produk, contohnya: menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

PENGIKLANAN BIASA DAN IKLAN BERCETAK

  • Produk diiklankan di dalam bentuk risalah pada setiap majlis yang disertai agar pembeli dapat mengetahui produk yang dijual, jenis-jenis sate, dan maklumat penjual.

  • Setiap risalah mengandungi gambar dan maklumat.

Rujukan:

Puan Akmar Binti Jalil.


 
 
 

Opmerkingen


Featured Posts
Recent Posts
Archive
GROUP 7 - Diploma Perniagaantani 04/2015-16/UPMKB

SAB2402 KEUSAHAWANANTANI

bottom of page