top of page
Search

Aliran Operasi

  • UPDATE BY (S21680 NURUL SYAFIQAH ZAINAL ABIDIN)
  • Jan 28, 2016
  • 2 min read

Sesi perbualan antara model usahawan, bagi mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti operasi telah berjalan pada 28/12/2015 pada 2030 malam dan pada 6/2/2016 pada jam 2ptg (agak lewat atas kesibukan model usahawan kami). Puan Akmar iaitu pengusaha satey “Qasseh Sate Enterprise” telah berkongsi beberapa maklumat berkaitan aliran operasi pengusaha makanan ini.

Perkara utama untuk perusahan ini ada pemilihan daging seperti kambing, ayam dan lembu. Penelitian terhadap sumber bekalan ini bertujuan untuk penjagaan kualiti dan mutu hasil produk. Oleh itu terdapat beberapa perkara lain yang dititikberatkan selepas pemilihan daging tersebut seperti pemilihan daging kambing berwarna kemerahan adalah lembut dan senang dicucuk.

Berikut merupakan harga daging untuk 1kilogram,

*1kg daging dapat menghasilkan 60 cucuk satay*

Daging tersebut dipotong sederhana dalam 3-4 cm (daging akan mengecut apabila dipanggang). Setiap cucuk satay mestilah mempunyai panjang 5-6cm.

Kemudian, daging yang telah dipotong akan diperam dalam rempah selama 8jam. Berikut adalah resepi peraman sate untuk 1kg daging,

Gambar menunjukkan satay dalam proses dicucuk.

Kuah kacang

Cara pembuatan kuah kacang

  1. Mengoreng kacang tanah 1kg, sehingga naik bau.

  2. Setelah digoreng kacang berkenaan perlu dikisar bersama bawang merah 4 ulas, bawang putih 2ulas, gula secukup rasa, garam secukup rasa, jintan putih, ketumbar, serbuk cili.

  3. Masak sehingga naik bau kacang.

Gambar menunjukkan kuah kacang yang sedang dimasak.

Cara pembakaran

Arang RM5/2kg

Arang dibakar terlebih dahulu sehingga menjadi bara. Arang boleh digunakan selama 3 – 5 hari, bergantung pada tempoh pembakaran satay.

Gambar menunjukkan alat memagang satay tradisional yang menggunakan arang,

Pembungkusan

Sejuk beku: Daging yang telah dibakar akan dibungkuskan menggunakan aluminium foil kerana fungsinya yang dapat melanjutkan tempoh satay dalam dua bulan.

Gambar menunjukkan aluminium foil digunakan sebagai bekas pembalut makanan.

7 February 2016. Update 2 Info collected and updated by S20167 ARIQ BIN ARIF

Rujukan

Puan Akmar Bt Jalil.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
GROUP 7 - Diploma Perniagaantani 04/2015-16/UPMKB

SAB2402 KEUSAHAWANANTANI

bottom of page