top of page
Search

Plan Strategik & Proses Perlaksanaan

  • Info collected & updated by [ S21680 NURUL
  • Jan 8, 2016
  • 2 min read

MISI

Menjadi makanan unik pilihan masyarakat global.

Menembusi pasaran luar negara.

PERSEKITARAN

Analisis SWOT

menganalisa keadaan dalaman dan luaran untuk menghasilkan strategi bagi mengukuhkan KEKUATAN dan meminimakan kelemahan, dalam mengambil peluang dan mengelakkan ancaman.

Dalaman

Kekuatan

  • Mempunyai resepi tersendiri - mempunyai rasa yang unik dan dapat bertahan selama 12 jam selepas pemerapan.

  • Merupakan produk HALAL, mempunyai sijil halal keluaran JAKIM - boleh dimakan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

  • Permintaan yang tinggi sebanyak 5,000 cucuk seminggu - terutama terhadap sate kambing oleh disebabkan keunikan daging kambing iaitu tekstur dan rasa, serta hasil pemerapan yang berkesan menggunakan secret recipe.

Kelemahan

  • Kurang tenaga kerja - sukar mendapat pekerja tetap serta mempunyai kemahiran untuk membuat sate.

  • Tiada promosi yang meluas.

  • Tiada perancangan untuk memajukan perniagaan

  • Harga sate agak mahal - Sate Ayam dan Daging berharga RM0.70 manakala pesaing sate yang lain menjual Sate Ayam dan Daging berharga RM0.50 - RM0.60. Maka pelanggan sering mencari yang murah.

Luaran

Peluang

  • Pasaran di negara luar - tiada sate di negara luar seperti Jepun. - terdapat

  • Menjadi daya tarikan pelancongan - berpotensi sebagai Food Tourism

  • ​Turut serta dalam festival atau acara yang dijalankan oleh Kerajaan.

  • Inovasi - pembaharuan dalam memprosesan sate dari segi bahan mentah sehingga pembungkusan. Pemilihan bahan mentah mengikut budaya dan cita rasa, contoh : sate sayuran- bahan yang boleh digunakan timun, tomato, lada benggala, brokoli, bawang besar, kentang. Jenis sayuran ini berdasarkan permintaan pelanggan untuk memilih jenis sayuran.

  • Permintaan terhadap sate yang berkualiti - amat bagus untuk dieksport ke luar negara, kerana mereka mementingkan kualiti daripada kuantiti.

  • Galakkan daripada agensi kerajaan untuk melakukan aktiviti keusahawanan - mendapat pinjaman serta promosi dan sebagainya.

Ancaman

  • Pesaing melakukan perubahan terhadap strategi perniagaan mereka.

  • Harga bahan mentah mahal seperti daging lembu, daging ayam dan daging kambing- menyebabkan keputusan untuk mengurangkan sedikit kuantiti/saiz ketulan daging untuk dicucuk lalu mengekalkan harga yang sama.

  • Permintaan bermusim - permintaan tinggi apabila menjelang musim perayaan.

PENETAPAN OBJEKTIF

Satu operasi yang berjalan sepanjang proses dalam mencapai penanda aras dalam tempoh beberapa tahun.

1. Boleh ditukar kepada tindakan yang spesifik.

2. Dapat memberi arahan/saluran yang betul secara spesifik.

  • Tahun Pertama : Memaksimakan penggunaan teknologi media sosial untuk mempromosi perkhidmatan sate.

  • Tahun Kedua : Membuka bengkel untuk menghasilkan pekerja yang mahir.

  • Tahun Ketiga : Mencari kawasan yang strategik untuk menjalankan perniagaan sendiri.

PENETAPAN STRATEGI

1. Kedai sendiri

  • Pemilihan tempat berdekatan dengan pusat pengajian dan kawasan perumahan.

  • Memudahkan pelanggan mendapatkan bekalan sate.

  • Menjadikan perniagaan sate sebagai perniagaan tetap.

2. Mengadakan bengkel kemahiran

  • Mengadakan bengkel pemprosesan sate yang berkualiti - untuk menghasilkan pekerja yang mempunyai kemahiran dalam pembuatan sate.

3. Kilang pemprosesan sate

  • Proses pembuatan sate daripada bahan mentah kepada hasil terakhir- guna tenaga kerja + mesin.

  • Pekerja separuh mahir yang telah menyertai bengkel.

IMPLEMEN

Proses implementasi akan dijalankan sepanjang 5 tahun untuk mencapai misi.

Rujukan buku :

  • Norlida, Za'faran, Rabiah & Rohaya. (2014). Principles of Management Second Edition. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

  • Puan Akmar Binti Jalil.

UPDATE 2. 19 Jan 2016. Edited by S20167 ARIQ BIN ARIF .


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
GROUP 7 - Diploma Perniagaantani 04/2015-16/UPMKB

SAB2402 KEUSAHAWANANTANI

bottom of page