BERTEMU USAHAWAN
- Info collected & Update by : S20278 – NORMALA BT
- Dec 29, 2015
- 1 min read

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pada malam kelmarin, ahli kumpulan kami iaitu saya (Normala), Ariq, Fitri dan rakan kami daripada kumpulan lain iaitu Nur Liyana telah pergi berjumpa dengan usahawan kami di gerai beliau berhadapan dengan bangunan perniagaan '' GOLDSMITH. Gerai mereka hanya dibuka pada waktu malam.
Kami sempat berbual bersama Puan Akmar dan suaminya, mereka memberikan kerjasama dan menjawab segala pertanyaan kami dengan jujur. Daripada perbualan tersebut banyak maklumat-maklumat perniagaan mereka yang kami ketahui.
KEPENTINGAN PEKERJA YANG BAIK, walaupun pada masa kini beliau tidak mempunyai pekerja namun beliau mengambil pekerja pada waktu-waktu sibuk seperti sambutan perayaan. Pekerja yang baik dapat membantu meringankan beban dan kerja lebih produktif.
KUALITI SATAY perlulah dikekalkan, Puan Akmar sendiri yang akan menyediakan rempah dan memotong daging.
TIDAK MENGGALAKKAN PERKONGSIAN disebabkan risiko salah faham yang tinggi membuatkan Puan Akmar dan suami kurang berminat akan perkongsian.
BANTUAN ANAK-ANAK terutama daripada anak lelaki sulungnya; mencucuk satay meringankan tenaga kerja mereka.
KEKURANGAN MASA adalah sebab utama beliau berniaga pada waktu malam ,ekoran jadual persekolahan anak-anak beliau.
SENTIASA BERUSAHA, walaupun perniagaan mereka pernah diduga dengan kerugian, mereka masih berjual pada keesokan harinya.
MENGKAJI RESEPI dengan pergi ke Semenanjung Malaysia untuk mempelajari resepi-resepi satay yang dapat memenuhi cita rasa pembeli.
BAHAN ASLI merupakan rahsia kepada satay yang sedap ,walaupun agak mahal, mereka sentiasa mementingkan rasa satay yang dihasilkan.
Berikut merupakan isi perbualan kami, tanpa kami sedari sudah larut malam. Kami berbincang mengenai pertemuan seterusnys bersama mereka. Puan Akmar sekeluarga amat peramah dan mengalu-alukan kedatangan kami. Kami berencana untuk pergi dengan semua ahli kumpulan ke rumah mereka.
Comments