MENULIS ENTREE BLOG USAHAWAN
- Info collected & Update by : S20278 – NORMALA BT
- Dec 23, 2015
- 2 min read

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya adalah ahli kedua daripada group kami iaitu Group 7 yang akan menulis entree. Kami telah memilih usahawan SATAY iaitu Puan Akmar sebagai usahawan kami. Setelah kami selidiki, adalah agak sulit untuk menulis sebuah entree berbekalkan ilmu kami yang agak cetek mengenai BLOG. Saya telah menyenaraikan perkara-perkara yang akan memudahkan kami untuk membuat sesebuah blog:-
Mengenalpasti tajuk yang akan ditulis di dalam BLOG.
Menulis adalah perkara yang agak mudah bagi sesetengah orang tetapi dalam sesebuah penulisan apabila penulis tidak fokus akan sesebuah tajuk atau terpesong daripada tajuk yang sepatutnya dibincangkan maka , hal ini mengakibatkan kecelaruan konteks iaitu perkara yang ingin dibincangkan tidak dibincangkan dan penulisan akan lari daripada tajuk utama.

Daripada blog usahawan tempatan http://blog.smartusaha.com/
2. Mencari contoh-contoh BLOG USAHAWAN yang BAIK.
Okey, cara terbaik untuk mempelajari teknik-teknik penulisan blog usahawan?
Mestilah dengan belajar daripada contoh yang terbaik. Saya telah membaca sekurang-kurangnya 100 entree blog bagi meningkatkan teknik penulisan yang baik dalam blog. Walaupun kebanyakannya adalah blog antarabangsa, namun, kami dapati banyak persamaan yang mereka lakukan iaitu :-
menarik dan ringkas
mudah difahami
mesra pembaca
kepelbagaian dalam teknik penulisan
Antara blog yang menarik perhatian saya adalah ChrisDucker.com . Blog beliau merupakan rujukan utama dalam penulisan saya kerana entree-entreenya yang menarik dan banyak menambah pengetahuan akan usahawan.
Selain itu rakan baik daripada Chris Ducker iaitu Pat Flynn dengan blognya SMART PASSIVE INCOME banyak bercerita mengenai kerjayanya sebagai PODCASTER.
3. Memilih cara mengumpul maklumat.
Cara mengumpul maklumat adalah penting kerana maklumat yang digunakan hendaklah khas untuk tajuk dan tidak bias akan mana-mana pihak. Walaupun maklumat tersebut tidak dapat mewakili keseluruhan populasi sasaran tapi ia dapat mewakili kumpulan yang disasarkan secara umum.
Contohnya seperti melakukan temu bual, kaji selidik dan pengalaman sendiri.

Memahami situasi usahawan kini, banyak usahawan yang lahir ekoran ekonomi yang tidak stabil kebelakangan ini, namun kami harus yakin usahawan kami tidak hanya muncul dalam pasaran tetapi dapat bertahan dalam jangka masa yang lama.
Kami juga fokus akan sasaran pembeli usahawan kami dan permintaan-permintaan yang perlu dipenuhi.
Setelah kami senaraikan perkara-perkara yang memudahkan kami membuat BLOG USAHAWAN , kami dapati membuat blog usahawan tidaklah begitu sukar dan mudah sekiranya kami rangka dengan teliti dan fokus akan matlamat asal kami.

Gambar di atas adalah gambar satay yang sedang dibakar oleh Puan Akmar.
Comments